Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Penyata Penyesuaian Bank
dengan mengemaskini buku tunai
Susulan daripada Teknik 4 warna yang saya gunakan sebagai inovasi pembelajaran, teknik tersebut dikembangkan lagi dalam topik Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemaskini buku tunai,
Anda boleh mendowload ulasan pembelajaran tersebut melalui link di bawah:
Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Kelab dan Persatuan
Penggunaan teknik 4 warna ini telah saya hasilkan bagi membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya untuk tajuk Kelab dan Persatuan. Semoga pembelajaran ini dapat diikuti dan dimanfaat sebaik mungkin oleh rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar sekalian. Dan diharapkan dengan idea inovasi ini dapat dikembangkan dengan mengaplikasikannya ke topik-topik yang lain pula.
Untuk melihat dan membacanya, anda boleh klik link dibawah ini:
SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Selamat tahun baru 2011 kepada semua pelajar dan rakan guru. Mulai tahun ini saya tidak lagi mengajar di tingkatan 6. Jadi haluan blog ini bertukar kepada memfokuskan kepada segala aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Prinsip Perakaunan SPM. Untuk anda semua yang singgah dan membaca di blog ini saya hadiahkan Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan keseluruhan. Oleh kerana fail yang disertakan adalah dalam Word, saya berharap ia akan memudahkan anda semua untuk mengedit dan mengubah mana yang perlu berdasarkan kreativiti sendiri.
Selamat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan berusahalah dengan lebih gigih untuk memburu kecemerlangan dalam tahun ini. Kita ada 1001 cara untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik dengan izin Allah SWT.
Selamat belajar kerana pembelajaran ialah aktiviti sepanjang kehidupan.