Friday, January 15, 2010

7 Tabiat Orang Yang Berkesan


7 Tabiat Orang Yang Berkesan

Tabiat 1: Bersikap Proaktif

Saya seorang yang bertanggungjawab.

Saya mengambil inisiatif.

Saya memilih tindakan, sikap dan mood saya sendiri.

Saya tidak menyalahkan orang lain atas tindakan saya yang salah.

Saya melakukan perkara yang betul tanpa disuruh walaupun tiada siapa yang melihat


Tabiat 2: Memulakan Sesuatu Dengan Mengingati Matlamat

Saya merancang dan menetapkan matlamat.

Saya melakukan perkara-perkara yang bermakna dan menghasilkan kelainan.

Saya seorang yang penting dalam bilik darjah dan menyumbang kepada visi dan misi sekolah, dan sentiasa mencari cara-cara untuk menjadi warganegara yang baik.


Tabiat 3: Menetapkan Keutamaan

Saya menghabiskan masa saya terhadap perkara-perkara yang paling mustahak.

Ini bermakna saya mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang saya tahu tidak mustahak.

Saya menetapkan keutamaan, membuat jadual tugas dan mengikuti rancangan yang dirancang.

Saya seorang yang berdisiplin dan teratur.


Tabiat 4: Berfikiran Menang-menang

Saya mengimbangi keberanian untuk mendapat apa yang saya mahu dengan mempertimbangkan kemahuan orang lain.

Saya membuat jasa kepada orang lain.

Bila konflik berlaku, saya mencari alternatif terbaik.


Tabiat 5: Cuba Untuk Memahami Sebelum Minta Untuk Difahami

Saya mendengar idea dan perasaan orang lain.

Saya cuba melihat sesuatu dari sudut pandangan mereka.

Saya mendengar pandangan orang lain tanpa mencelah.

Saya berkeyakinan dalam menyatakan idea-idea saya.

Saya memandang mata orang lain ketika bercakap dengan mereka.


Tabiat 6: Bersinergi

Saya menilai kekuatan orang lain dan belajar daripada kegigihan mereka.

Saya berkawan baik dengan mereka walaupun mereka berbeza dengan saya.

Saya boleh bekerja dengan baik dalam kumpulan.

Saya cuba mendapatkan idea-idea orang lain untuk menyelesaikan masalah sebab saya menyedari bahawa dengan penyelesaian masalah secara berkumpulan, kita boleh mencipta penyelesaian yang lebih baik daripada penyelesaian secara individu.

Saya merendah diri.


Tabiat 7: Menajamkan Gergaji

Saya menjaga tubuh badan saya dengan pemakanan yang seimbang, bersenam dan tidur secukupnya.

Saya menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

Saya belajar melalui banyak cara dan dari pelbagai tempat, bukan hanya di sekolah.

Saya mengambil masa untuk mencari cara-cara yang bermakna untuk menolong orang lain.

Learning Motivation 1

Learning Motivation 1
AWARENESS IMPROVES YOUR PERFORMANCE
When i know how things work,
i will use these ideas all the time
to continously
produce
the result
i want.

Thursday, January 14, 2010

PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 BESTARI

PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 5 BESTARI

MINGGU 3 - MINGGU 4 (18-29 JAN)

8.0 BELANJAWAN TUNAI DAN PENYATA PENYESUAIAN BANK

HURAIAN OBJEKTIF:

1. Tujuan penyata bank dikeluarkan oleh bank

2. Sebab-sebab menyediakan penyata penyesuaian bank.

3. sebab-sebab perbezaan baki di buku tunai dan penyata bank

4. cara menyediakan penyata penyesuaian bank

a. bermula dengan baki penyata bank.

b. bermula dengan baki buku tunai

c. menyelaraskan buku tunai.

Aktiviti Pembelajaran Akses Kendiri:

1. baca buku teks muka surat 40-61

2. Buat latihan dalam buku teks no. 1, 2, 3, 4 dan 5.

3. Latihan soalan peperiksaan percubaan negeri

Monday, January 11, 2010

program pintar prinsip perakaunan spm 2009
















program pintar prinsip perakaunan spm 2009
bertempat di SMK Kuala Perlis pada 25 April 2009, satu program yang dinamakan PINTAR PRINSIP PERAKAUNAN telah diadakan khusus untuk para pelajar dari seluruh negeri Perlis yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dalam SPM 2009. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar dengan lebih jelas untuk menjawab soalan nombor 1 untuk Kertas 2 iaitu Dokumen Perniagaan. Program seumpama ini telah dijalankan hampir setiap tahun dan merupakan acara tahunan bagi Panitia Prinsip Perakaunan Negeri Perlis yang diketuai oleh Encik Rosli bin Long dengan dibantu oleh semua guru mata pelajaran yang sama bagi setiap sekolah di Perlis.

PRINSIP PERAKAUNAN TINGKATAN 4 BESTARI


PRINSIP PERAKAUNAN


TINGKATAN 4 BESTARI


MINGGU 1-2 (4 JAN -15 JAN 2010)


1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan


(a) Jenis-jenis Penyata Kewangan


(b) Tujuan Penyata Kewangan


(c) Tajuk Penyata Kewangan


(d) Komponen setiap jenis Penyata Kewangan


(e) Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan


(f) Pengguna Penyata Kewangan


(g) Kepentingan Penyata Kewangan dalam perniagaan


Nota:


Oleh kerana sukatan pelajaran untuk tingkatan 4 bagi tahun 2010 ini agak berbeza dengan tahun sebelumnya, maka adalah dicadangkan supaya buku teks yang sediaada digunapakai dalam kelas.


Latihan:


A. Sila rujuk buku teks tingkatan 4 pada mukasurat 23


1. Apakah sumbangan yang diberi oleh Luca Pacioli sehingga beliau dianggap sebagai perintis perakaunan?


2. (a) Beri makna simpan kira dan perakaunan.

(b) Mengapakah kita perlu mempelajari simpan kira dan perakaunan?


3. Terdapat beberapa jenis organisasi perniagaan di Malaysia.


(a) Senaraikan bentuk organisasi perniagaan utama yang terdapat di negara kita

(b) Antara organisasi perniagaan tersebut, yang manakah paling banyak didapati di negara ini?


4. Nyatakan bentuk organisasi perniagaan berikut:


(a) Rahman Enterprise

(b) Choo dan Rakan-rakan

(c) Syarikat Cahaya Sdn. Bhd.

Saturday, January 9, 2010

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

TINGKATAN 6 ATAS 1 DAN 6 ATAS 2

MINGGU PERTAMA DAN KEDUA (4-15 JAN 2010)

TAJUK: 3. FUNGSI PERNIAGAAN

SUB-TAJUK: 3.2 PENGELUARAN

AKTIVITI PEMBELAJARAN:

3.21 Definisi dan peranan

3.22 Proses Pengeluaran

3.23 Perancangan

i) Lokasi kilang

ii) Susun atur kilang

3.24 Jenis-jenis pengeluaran

a. mengenali secara umum definisi, latar belakang dan proses pengeluaran

b. mengenali secara umum faktor penentuan lokasi dan susun atur kilang

Latihan:

A. Soalan Berperingkat

1 a) Berikan definisi pengeluaran. (2)

b) Jelaskan kepentingan dan tangungjawab pengurus pengeluaran. (9)

c) Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran. (14)

2 a) Jabatan pengeluaran merupakan pelengkap kepada jabatan-jabatan lain dalm organisasi. Jelaskan. (9)

b) Jelaskan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam penentuan sesuatu lokasi pengelauaran sesuatu produk (16)

3 a) Nyatakan objektif-objektif yang perlu diambil kira dalam susun atur sesebuah kilang. (7)

b) Jelaskan jenis-jenis susun atur yang boleh dipraktikkan dalam sesebuah kilang (9)

c) Bincangkan jenis-jenis pengeluaran. (9)

4 a) Nyatakan dan jelaskan 5 perkara yang perlu diambil kira dalam perancangan sesuatu susun atur yang baik. (10)

b) Dengan menggunakan contoh ,terangkan perbezaan antara susun atur produk dengan susun atur proses. (6)

c) i) Sebutkan 4 jenis pengeluaran yang boleh dipilih oleh sesebuah organisasi.

ii)Nyatakan kebaikan dan keburukan jenis-jenis pengeluaran? (9)

5. (a)Bagaimanakah CAD/CAM boleh mempercepatkan proses pembangunan sesuatu produk. (10)

(b) Merekayasa perniagan boleh membantu dalam mempertingkatkan produktiviti. Jelaskan secara terperinci. (15)

6. Terangkan konsep JIT dan jelaskan dua belas elemen yang terdapat di dalamnya. (25)

7. (a) Apakah itu ISO 9000? Huraikan empat prinsip ISO 9000. (15)

(b)Kini semakin banyak organisasi mengambil langkah untuk mendapatkan persijilan ISO 9000, pada pendapat anda, apakah faedah persijilan ini? (10)

8. (a) Jelaskan maksud Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) dan Pembuatan Bantuan Komputer (CAM). (10)

(b) Huraikan kebaikan untuk mereka bentuk dengan CAD/CAM (15)

9. (a) Berikan maksud dan objektif pengurusan kualiti menyeluruh (TQM). (6)

(b) Mengapakah pengurusan kualiti diberi penekanan dalam perniagaan? (5)

(c) Jelaskan prinsip-prinsip pengurusan kualiti menyeluruh. (14)

(b) Huraikan kebaikan untuk mereka bentuk dengan CAD/CAM. (15)

B. Soalan Pendek

1. Berikan definisi pengurusan pengeluaran (2)

2. Nyatakan empat cabaran pengurus pengeluaran (4)

3. Berikan dua sebab mengapa kita perlu mempelajari bidang
pengurusan pengeluaran. (2)

4. Nyatakan tiga jenis susun atur kilang. (3)

5. Nyatakan dua objektif kawalan kualiti. (2)

6. Bezakan antara pemeriksaan menyeluruh dengan pelan
persampelan. (4)

7. Nyatakan tiga kaedah pengurusan inventori. (3)

8. Bezakan antara kaedah penyelenggaraan reaktif dan proaktif. (2)

9. Nyatakan empat kebaikan pengurusan kualiti menyeluruh. (4)

10. Berikan definisi merekayasa. (2)

11. Terangkan kaedah kawalan inventori berikut:

(a) ABC

(b) EOQ

(c) JIT (3)

12. Berikan kebaikan merekayasa dalam pengeluaran. (3)

13. Nyatakan dan huraikan kategori kos yang dikaitkan dengan
pengurusan kualiti. (3)

14. Berikan maksud kaedah pengeluaran moden ISO 9000. (2)

15. Jelaskan dua prinsip dalam pengurusan TQM (2)

16. Nyatakan era perkembangan pengurusan pengeluaran dan konsep-konsep utama dalam era tersebut.

18. Huraikan kepentingan pengurusan pengeluaran kepada organisasi.

19. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh pengurus-pengurus pengeluaran.

20. Terangkan hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran, kewangan, dan sumber manusia.

21. Huraikan sistem pengeluaran secara am.

22. Huraikan sistem pengeluaran bagi aktiviti perniagaan/perusahaan tersebut.

(a) perladangan

(b) kedai barang emas

(c) tekstil

(d) perabot

(e) motokar

(f) sos

23. Huraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan lokasi sesebuah kilang.

24. Senaraikan tiga sebab utama susun atur kilang dibuat.

25. Senaraikan objektif susun atus kilang.

26. Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan susun atur tetap, susun atus proses, dan susun atur produk.

27. Berikan definisi istilah yang berikut:

(a) Kualiti

(b) Kawalan kualiti

(c) Pemeriksaan

(d) Inventori

(e) Kawalan inventori

(f) Analisis ABC

(g) Kuantiti pesanan ekonomi

(h) Sistem Just-in-Time

(i) Penyenggaraan.

28. Jelaskan jenis-jenis pengeluaran yang berikut:

(a) Pengeluaran mengikut tempahan

(b) Pengeluaran secara massa

(c) Pengeluaran secara kelompok

29. Senaraikan objektif kawalan kualiti.

30. Berpandukan gambar rajah, terangkan kawalan proses secara statistik.

31. Huraikan objektif kawalan kualiti.

32. Senaraikan sebab-sebab keperluan pengurusan inventori.

33. Senaraikan objektif penyenggaraan.

34. Huraikan kaedah-kaedah penyenggaraan.

35. Huraikan maksud istilah-istilah yang berikut:

(a) pengurusan kualiti menyeluruh'

(b) ISO 9000

(c) Merekayasa

(d) CAD

(e) CAM

36. Seanaraikan prinsip-prinsip pengurusan kualiti menyeluruh.

37. Senaraikan kebaikan dan kelemahan pengurusan kualiti menyeluruh.

38. Huraikan cara-cara bagi sesebuah organisasi mendapatkan ISO 9ooo.

39.senaraikan faedah-faedahbagi sesebuah organisasi yang mendapat sijil ISO.

40.Huraikan objektif merekayasa.

41. Huraikan kelebihan dan kelemahan merekayasa.

42. Huraikan kelebihan CAD dab CAM.



Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Persekolahan untuk tahun 2010


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang singgah di sini terutamanya para pelajar prinsip perakaunan tingkatan lima dan pelajar pengajian perniagaan tingkatan enam bagi tahun 2010 . Selamat belajar dan menyahut cabaran untuk memajukan diri sendiri untuk mencapai cita-cita dan kehidupan yang lebih baik. Saya ingin sampaikan satu daripada penegasan yang sering dibuat oleh para guru ketika awal tahun dan juga sepanjang tahun iaitu

PELAJARAN DAPAT MENGUBAH TARAF HIDUP ANDA.

Semoga ungkapan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan yang bermakna kepada para pelajar semua. Bagaimana harus kita mulakan sesuatu yang bermakna ini....begini ..lihatlah bagaimana caranya anda belajar:

1. Melalui pembelajaran formal dalam kelas

2. Pembacaan bahan-bahan ilmiah dan rujukan seperti buku teks, buku rujukan dan sebagainya

3. Melalui kelas tuisyen di luar waktu persekolahan

4. Melalui akses kepada bahan-bahan pembelajaran secara online di internet.

5. Mencari dan mengumpulkan soalan-soalan peperiksaan sebenar yang berkaitan dengan mata pelajaran yang anda pelajari.

Jelasnya ada banyak cara untuk kita belajar dan apa yang penting ialah rancang, fikir dan ambil tindakan segera....dengan pakaian sekolah serba baru ...ia juga bermakna anda juga telah bersedia untuk memulakan satu perjalanan yang menarik iaiatu penerokaan yang bermula di sini pada waktu ini dan proses yang menarik ini akan berlangsung sepanjang hidup anda....jom kita belajar ....jom...jom..

MINGGU PERTAMA DAN MINGGU KEDUA (4-15 januari 2010)

PRINSIP PERAKAUNAN

TINGKATAN 5 BESTARI

TAJUK: 14. TAFSIRAN PENYATA AKAUN

AKTIVITI PEMBELAJARAN:

1. menerangkan maksud setiap nisbah
2. menyatakan rumus bagi setiap nisbah

3. menerangkan kepentingan mentafsir penyata kewangan
4. menghitung nisbah-nisbah perakaunan
5. mentafsir nisbah-nisbah perakaunan
6. membuat rumusan setiap nisbah antara firma
7. membuat keputusan memilih firma

Aktiviti dalam kelas dan kerja rumah:

A. Baca buku teks bab 9 muka surat 227 hingga 239

B. Dapatkan format tafsiran penyata kewangan

C. Sila jawab latihan dalam buku teks tingkatan lima muka surat 240-242 (untuk tempoh 2 minggu)

1. soalan 1, 2, 3, 4, 5, dan 6 pada minggu pertama
2. soalan 7, 8 dan 9 pada minggu kedua
3. soalan tambahan dari kertas peperiksaan sebenar tahun 1998, 2003, 2004, 2006 dan 2008 dan soalan-soalan dari kertas peperiksaan percubaan negeri (2009)Johor, Melaka, dan Terengganu.