Tuesday, March 23, 2010

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1









6 ATAS 1 DAN 6 ATAS 2

23 MAC 2010 - 8 APRIL 2010

BAB 2: FUNGSI PENGURUSAN


SOALAN LATIHAN:

1 a) Jelaskan secara ringkas maksud pengurusan (3)
b) Jelaskan fungsi-fungsi penting perlu ada dalam pengurusan sesebuah organisasi. (6)
c) i. Untuk menjadikan organisasi lebih berkesan didalam pengurusan , seseorang pengurus seharusnya memainkan peranannya. Bincangkan peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh seseorang pengurus. (12)
ii. Berikan perbezaan di antara keberkesanan dan kecekapan. (4)


2. a) Jelaskan secara ringkas evolusi-evolusi pengurusan. (5)
b) i. Jelaskan secara ringkas 6 prinsip yang diutarakan oleh Fayol didalam pendekatan pra klasikal. (6)
ii. Bagaimakah teori hirerki keperluan Maslow dipraktikkan dalam teori pengurusan. (8)
c) Berikan perbezaan antara teori X dan teori Y. (6)
3. a) Jelaskan maksud perancangan. (2)
b) Perancangan yang baik akan memberikan kesan yang positif terhadap perniagaan. Bincangkan kepentingan perancangan kepada seseorang pengurus. (14)
c) Berikan perbezaan antara rancangan strategik, rancangan taktikal dan rancangan operasi. (9)

4. a) Jelaskan proses yang sepatutnya dilakukan oleh sesebuah organisasi didalam membuat sesuatu perancangan. (10)
b) i. Berikan perbezaan antara misi dan objektif.
ii. Jelaskan perbezaan antara dasar dan prosedur.
iii. Nyatakan perbezaan antara taktik dan operasi. (9)
c) Jelaskan secara ringkas alat-alat yang sering digunakan dalam perancangan. (6)

5. a) Berikan maksud dan kepentingan pengorganisasian. (3)
b) Jelaskan proses-proses yang terlibat didalam pengorganisasian. (10)
c) i. Jelaskan maksud carta organisasi dan maklumat-maklumat yang terdapat didalam carta organisasi. (6)
ii. Jelaskan maksud manual organisasi dan maklumat-maklumat yang terdapat didalamnya. (6)

6. a) Berikan maksud penjabatanan dan senaraikan jenis-jenis penjabatan.
(5)
b) Bincangkan kebaikan dan kelemahan penjabatanan mengikut fungsian. (10)
c) Jelaskan kebaikan dan kelemahan penjabatanan mengikut produk atau servis. (10)

7. a) Jelaskan perbezaan antara autoriti, tanggungjawab dan akauntabiliti. (6)
b) i. Jelaskan perbezaaan antara pemusatan autoriti dan pemecaran autoriti. (3)
ii. Nyata dan jelaskan enam faktor yang mempengaruhi pemusatan dan pemecaran autoriti. (6)
c) Bincangkan kelebihan dan kelemahan pemusatan autoriti. (10)

8. a) Jelaskan maksud penugasan autoriti . (4)
b) Bincangkan perbezaan di antara autoriti lini dengan autoriti staf. (6)
c) i. Bincangakan perbezaan jankauan kawalan sempit dengan jangkauan kawalan luas. (10)
ii. Berikan maksud rantaian arahan. (5)

9. a) Jelaskan maksud dan kepentingan kepimpinan. (6)
b) Bincangkan gaya kepimpinan yang diutarakan oleh kajian Universiti Ohio. (8)
c) i. Jelaskan perbezaan gelagat berorentasikan tugas dengan gelagat berorentasikan pekerja yang diutarakan oleh kajian Universiti Michigan.
(5)
ii. Jelaskan perbezaan antara gaya kepimpinan Autokratik, gaya kepimpinan demokratik dan gaya kepimpinan bebas. (6)
10. a) Bincangkan ciri-ciri yang seharusnya ada pada seseorang pemimpin.(13)
b) Bincangkan bentuk-bentuk sokongan yang seharusnya diberikan oleh seseorang pemimpin kepada pekerjannya supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan baik. (12)

11. a) Jelaskan perbezaan antara pemimpin dengan pengurus. (10)
b) i. Bincangkan peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh seseorang pemimpin. (12)
ii. Berikan perbezaan antara peranan pemimpin formal dengan peranan pemimpin tidak formal. (3)


12. a) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan motivasi. (3)
b) Nyata dan jelasksn proses motivasi. (12)
c) Jelaskan bagaimanakah keperluan dalam teori motivasi Abraham Maslow dapat dipenuhi. (10)
13. a) Berikan perbezaan antara faktor penjagaan dengan faktor motivasi yang diutarakan oleh model dua faktor oleh “Teori Motivasi Herberg.” (5)
b) Bincangkan perbezaan antara teori X dan teori Y yang diutarakan oleh McGregor. (10)
c) Bincangkan perbezaan antara pendekatan timur dan barat berkaitan dengan teori motivasi. (10)



14. a) Berikan maksud pembinaan pasukan. (3)
b) Jelaskan perkara-perkara atau dimensi-dimensi yang perlu diambil kira dalam membentuk sesuatu pasukan. (10)
c) Nyata dan jelaskan proses pembinaan sesuatu pasukan. (12)


15. a) Jelaskan maksud pengawalan dan kepentingannya. (5)
b) Nyatakan perbezaan di antara kawalan strategik, kawalan taktikal dan kawalan operasi. (9)
c) Nyata dan jelaskan jenis-jenis kawalan. (11)


16. a) Nyata dan bincangkan proses yang terlibat dalam pengwalan. (12)
b) Nyata dan jelaskan kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengawalan. (13)


17. a) Nyata dan jelaskan faktor-faktor yang boleh menjadikan sesuatu sistem kawalan itu berkesan. (15)
b) Nyata dan jelaskan alat-alat yang boleh digunakan dalam pengwalan.(10)


18. a) Jelaskan maksud penstafan. (3)
b) Jelaskan proses yang terlibat dalam proses pemilihan pekerja. (12)
c) Berikan maksud analisis kerja dan nyatakan enam persoalan penting dalam analisis kerja serta apakah kegunaannya kepada pengurus. (10)


19. a) Berikan perbezaan antara huraian tugas dengan spesifikasi tugas. (6)
b) Nyata dan jelaskan proses pengrekrutan. (9)
c) i. Nyatakan sebab kenapa majikan menyediakan faedah dan ganjaran kepada pekerja. (4)
ii. Jelaskan komponen-komponen yang terdapat dalam faedah dan ganjaran. (6)


20. a) Bincangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi majikan menyediakan faedah dan ganjaran yang menarik kepada pekerja. (13)
b) i. Berikan maksud pampasan. (3)
ii. Jelaskan bentuk-bentuk pampasan yang boleh diberikan kepada pekerja. (9)

Saturday, January 30, 2010

TERMA RUJUKAN KONSEP GURU CEMERLANG




GURU CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG

GURU CEMERLANG

1.PERIBADI


2.POTENSI


3.HASIL KERJA


4.KOMUNIKASI


5.PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN


6.SUMBANGAN PENDIDIKAN


Definisi Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.


Ciri-ciri Guru Cemerlang


Guru Cemerlang mempunyai cirri-ciri yang berikut dari segi kualiti:

a. Peribadi

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.

b. Pengetahuan dan kemahiran

Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan matapelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

c. Hasil kerja

Guru Cemrlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) kea rah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

d. Komunikasi

Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.


e. Potensi

Guru Cemerlang ialah guru berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara

Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.


SASARAN KERJA TAHUNAN GURU CEMERLANG

1. Membuat perancangan pengajaran dan melaksanakan pengajaran mata pelajaran untuk mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh Pengetua di tempat berkhidmat

DG 44 – 75% (20 – 24 WAKTU)
DG 48 – 70% (20 – 24 WAKTU)
DG 52 – 65% (18 – 20 WAKTU)
DG 54 – 60% (15- 18 WAKTU)
GRED KHAS C – 50% (15-18 WAKTU)

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan ko-kurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran di sekolah tempat berkhidmat.

DG 44 dan DG 48 (10%)
DG 52, DG 54, GRED KHAS C (15%)


3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dan pelajar dalam bidang kepakaran di tempat berkhidmat.

4. Menjalinkan kerjasama menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam bidang kepakaran dan menyumbang kepada masyarakat pendidik.

DG 44 (2%)
DG 48 (5%)

5. Menjalankan tugas-tugas khas dalam bidang mata pelajaran kepakaran di sekolah lain di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

DG44 (5%)
DG48 (5%)
DG52 (5%)
DG54 (8%)
GKC (15%)


Friday, January 29, 2010

Rehat Minda Di Hujung Minggu 5






Memiliki Imej Diri Positif


Sentiasa Berfikiran dan Bersikap Positif


1.Orang yang berfikiran positif akan berusaha untuk membina kejayaan dalam dirinya


2. Allah akan berserta dengan apa yang kita fikirkan dan gambarkan dalam minda kita. Sebab itu ketika berdoa kita hendaklah menunoukan sepenuh perhatian kepada apa yang kita minta dan menggambarkan impian kita itu dalam minda.


3. Setiap masalah atau halangan perlu diatasi dengan memasukkan ke dalam minda maklumat-maklumat yang positif.


4. Kawal corak pemikiran kita dengan mengawal pergerakan badan dan mimik muka


ANTARA SIFAT YANG DIMILIKI OLEH SESEORANG JUARA ADALAH MEREKA SENTIASA BERSIKAP POSITIF


SAYA TIDAK BOLEH DAN TIDAK PERLU UBAH SESIAPA .


SAYA HANYA PERLU UBAH DIRI SENDIRI


Sentiasa Senyum


1.Apabila kita tersenyum orang yang melihat kita sentiasa berfikir..apakah nikmat, keuntungan dan rezeki yang sedang dia kecapi?....

2.Dengan cara itu akan merangsang orang tersebut untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

3.Inilah hikmah yang sangat tinggi nilainya hanya dengan pelaburan percuma.


4.Orang yang senyum tidak mampu untuk bersikap sombong.


Penampilan diri

1. Imej diri bukan sahaja pemanpilan luaran tetapi jugamotivasi diri dan budi pekerti yang baik dan luhur.

2. Imej diri yang positif disukai semua orang; kawan dan lawan.

3. Orang yang mempunyai imej diri yang positif akan menyebabkan orang lain gembira dengan penampilannya dan akan turut bermotivasi.

Tuesday, January 26, 2010

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1


TINGKATAN 6 ATAS


MINGGU KE 5 DAN KE 6 ( 1 feb -12 feb 2010)


TAJUK : 3. FUNGSI PERNIAGAAN


SUB-TAJUK: 3.4 SUMBER MANUSIA


Pada akhir pengajaran, para pelajar dapat:

(a) Mengenalpasti definisi, peranan dan kepentingan pengurusan sumber manusia

(b) Mengenalpasti fungsi Jabatan Sumber Manusia

(c) Menjelaskan cabaran-cabaran pengurusan sumber manusia.

(d) Mengenalpasti peranan dan kepentingan penyelenggaraan pekerja.

(e) Menjelaskan secara terperinci aspek penyelenggaraan pekerja
-keselamatan
- kesihatan
- jaminan kerja

(f) Mengenalpasti definisi perhubungan industri dan kesatuan sekerja.

(g) Mengenalpasti fungsi-fungsi kesatuan sekerja

(h) Menjelaskan secara terperinci kaedah mengekalkan hubungan harmonis antara majikan dengan pekerja.

Soalan latihan berperingkat:


1. Berikan definisi konsep-konsep yang berikut:


(a) sumber manusia

(b) pengurusan sumber manusia

(c) perancangan sumber manusia

(d) inventori sumber manusia

(e) pengrekrutan

(f) pemilihan pekerja

(g) temuduga

(h) ujian pemilihan

(i) penawaran kerja

(i) induksi


2. Huraikan peranan-peranan pengurus sumber manusia.


3. Senaraikan kepentingan pengurusan sumber manusia.


4. Jelaskan fungsi jabatan sumber manusia.


5. Bincangkan faktor-faktor yang memberi cabaran dalam pengurusan sumber


6. Berpandukan gambar rajah, huraikan langkah-langkah dalam perancangan sumber manusia.


7. Jelaskan maksud analisis kerja, penghuraian kerja, dan spesifikasi kerja.


8. Bincangkan kelebihan dan kelemahan pengrekrutan pekerja dari dalam dan luar organisasi.


9. Huraikan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam temu duga.


10. Huraikan tujuan program induksi.


11, Berikan definisi konsep-konsep berikut:


(a) latihan

(b) pembangunan

(c) penilaian prestasi

(d) ganjaran berbentuk wang

(e) faedah organisasi

(f) tindakan disiplin

(g)perpisahan

(h) keselamatan pekerja

(i) perhubungan industri

(j) kesatuan sekerja



12. Senaraikan peranan dan kepentingan program latihan.


13. Huraikan langkah=langkah damalm pembentukan dan pelaksanaan program latihan.


14. Terangkan jenis-jenis latihan.


15. Terangkan kelebihan dan kelemahan pengrekrutan pekerja dari dalam dan luar organisasi.

16. Huraikan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam temu duga.

17. Huraikan tujuan program induksi.

18. Berikan definisi konsep-konsep berikut:

(a) Latihan

(b) pembangunan

(c) penilaian prestasi

(d) ganjaran berbentuk wang

(e) faedah organisasi

(f) tindakan disiplin

(g) perpisahan

(h) keselamatan pekerja

(i) perhubungan industri

(j) kesatuan sekerja

19. Senaraikan peranan dan kepentingan program latihan.

20. Huraikan langkah-langkah dalam pembentukan dan pelaksanaan program latihan.

21. Terangkan jenis-jenis latihan

22. Terangkan kelebihan dan kelemahan latihan sambil kerja dan latihan di luar kerja.

23. Huraikan kaedah-kaedah dalam penilaian prestasi.

24. Huraikan masalah-masalah dalam penilaian prestasi.

25. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pemberian ganjaran (penentu-penentu ganjaran).

26. Senaraikan peranan dan kepentingan penyelenggaraan pekerja.

27. Senaraikan fungsi kesatuan sekerja.

28. Huraikan cara-cara mengekalkan keharmonian hubungan antara pekerja dengan majikan.

Soalan Peperiksaan STPM sebenar (1999 - 2009)

1999


2000

(f) Nyatakan lima kepentingan penilaian prestasi kepada organisasi.


2001

2 (a) Pemilihan pekerja ialah satu daripada fungsi pengurusan sumber manusia.

(i) Huraikan maksud pemilihan pekerja. (1)

(ii) Terangkan empat prosedur pemilihan pekerja yang biasa diamalkan oleh sesebuah organisasi. (12)

(b) (i) Jelaskan tiga tujuan penilaian prestasi pekerja. (3)

(ii) Nyatakan tiga masalah penilaian prestasi pekerja, dan bincangkan cara mengatasi setiap masalah itu. (9)

2002

2. (a) Huraikan maksud pengurusan sumber manusia dan kepentinganya kepada organisasi. (8)

(b) Jelaskan cabaran-cabaran yang wujud dalam aktiviti pengurusan sumber manusia yang berikut.

(i) Peningkatan bilangan wanita dalam sektor pekerjaan

(ii) Globalisasi

(iii) Kepelbagaian tenaga kerja (9)

(c) Huraikan empat kaedah yang sering digunakan dalam proses pemilihan pekerja. (8)

2005

4. (a) Jelaskan maksud pengrekrutan pekerja dan terangkan bagaimana proses pengrekrutan boleh dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. (11)

(b) Jelaskan maksud ganjaran kewangan dan huraikan butiran bayaran yang termasuk dalam ganjaran tersebut. (6)

(c) Jelaskan ganjaran-ganjaran bukan kewangan yang perlu disediakan oleh sesebuah organisasi bagi menarik minat pemohon pekerjaan. (8)

2006

(h) Nyatakan empat jenis ujian untuk memilih pekerja. (2)

2007

(f) Perihalkan dua bahagian dalam analisis kerja. (2)

Solat


Syarat Sah Solat


1. Mengetahui masuknya waktu solat dengan yakin


2. Menghadap Kilat


3. Menutup Aurat


4. Suci daripada Najis


5. Suci daripada Hadas


Rukun Solat


1. Niat dalam Hati


2. Takbiratulihram


3. Berdiri Betul Bagi Orang yang Berkuasa


4. Membaca a-Fatihah


5. Rukuk serta Tamakninah


6. Iktidal


7. Sujud


8. Duduk antara Dua Sujud dan Tamakninah


9. Duduk Tahiyat Akhir


10. Membaca Tahiyat Akhir


11. Selawat ke Atas Nabi Muhammad SAW


12. Salam Pertama


13. Tertib.


Sunday, January 24, 2010

Rehat Minda Di Hujung Minggu 4






MENCARI KELEMAHAN DIRI

1.BERTANYA DARIPADA ORANG LAIN

- Anda tidak dapat menilai kelemahan anda secara terperinci

- Anda perlu bertanya kepada orang lain seperti sahabat karib dan keluarga

- Anda harus menerima kritikan dengan hati yang terbuka

- Kemudian bertindak untuk mengatasi kelemahan anda


2.BERTANYA KEPADA DIRI SENDIRI

- Anda harus menilai sama ada anda bersikap proaktif, dedikasi, kreatif, dan berdisiplin.

- Ciri-ciri tersebut adalah ciri-ciri insan yang Berjaya

- Berusahalah untuk menyemai sikap tersebut untuk Berjaya

3.MELALUI PENGALAMAN ANDA

-Setiap perkara yang anda lalui akan memperlihatkan kekuatan dan kelemahan anda.

-Renungkan kelemahan yang telah anda alami

-Perbaiki kelemahan dan berazam tidak mengulanginya.

Saturday, January 23, 2010

Rehat Minda Di Hujung Minggu 3







MENJALIN PERHUBUNGAN ERAT DENGAN MASYARAKAT

1.MENERIMA TEGURAN MASYARAKAT

-Terima teguran masyarakat dengan sikap terbuka
-Teguran masyarakat tentu ada benarnya
-Fikirkan kebenaran teguran tersebut
-Ubah sikap anda untuk menjadi baik

2.BEKERJASAMA MENJAYAKAN AKTIVITI

-Sertai aktiviti yang diadakan seperti membersihkan kawasan kampong dan bersukan
-Mencadangkan pelbagai aktiviti di kampong seperti sukaneka.
-Bergiat dalam kegiatan berpesatuan.

3.MENJADIKAN PENGALAMAN MASYARAKAT SEBAGAI IKTIBAR

- Mendapat maklumat tentang gejala social yang berlaku.
- Anda dapat menghindari kes-kes jenayah seperti mencuri, merompak, memeras ugut.