Friday, June 22, 2012
Inovasi Perakaunan (Siri 2)
Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Penyata Penyesuaian Bank
dengan mengemaskini buku tunai
Susulan daripada Teknik 4 warna yang saya gunakan sebagai inovasi pembelajaran, teknik tersebut dikembangkan lagi dalam topik Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemaskini buku tunai,
Anda boleh mendowload ulasan pembelajaran tersebut melalui link di bawah:
Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Penyata Penyesuaian Bank
Friday, June 15, 2012
Inovasi Perakaunan (Siri 1)
Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Kelab dan Persatuan
Penggunaan teknik 4 warna ini telah saya hasilkan bagi membentuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan khususnya untuk tajuk Kelab dan Persatuan. Semoga pembelajaran ini dapat diikuti dan dimanfaat sebaik mungkin oleh rakan-rakan guru dan anak-anak pelajar sekalian. Dan diharapkan dengan idea inovasi ini dapat dikembangkan dengan mengaplikasikannya ke topik-topik yang lain pula.
Untuk melihat dan membacanya, anda boleh klik link dibawah ini:
Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Kelab dan Persatuan
Monday, August 1, 2011
KERJA KURSUS TINGKATAN 4 (SPM 2012) SUDAH BERMULA...
SILA DAPATKAN SOALAN TUGASAN DAN PANDUAN DI LINK BERIKUT
http://www.moe.gov.my/lp/index.php/peperiksaan/spm/pentaksiran-berasaskan-sekolah/183-37563-prinsip-perakaunan-2012-tingkatan-4

Saturday, April 2, 2011
KHAS UNTUK PELAJAR 4 BESTARI TERSAYANG
JAWAPAN KEPADA SOALAN NOMBOR 1 MUKA SURAT 177 DALAM BUKU TEKS PRINSIP PERAKAUNAN..
SILA AMBIL DARIPADA KOTAK FAIL UNTUK DIKONGSI DI SEBELAH KANAN....Saturday, January 1, 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.
SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Selamat tahun baru 2011 kepada semua pelajar dan rakan guru. Mulai tahun ini saya tidak lagi mengajar di tingkatan 6. Jadi haluan blog ini bertukar kepada memfokuskan kepada segala aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Prinsip Perakaunan SPM. Untuk anda semua yang singgah dan membaca di blog ini saya hadiahkan Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan keseluruhan. Oleh kerana fail yang disertakan adalah dalam Word, saya berharap ia akan memudahkan anda semua untuk mengedit dan mengubah mana yang perlu berdasarkan kreativiti sendiri.
Selamat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan berusahalah dengan lebih gigih untuk memburu kecemerlangan dalam tahun ini. Kita ada 1001 cara untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik dengan izin Allah SWT.
Selamat belajar kerana pembelajaran ialah aktiviti sepanjang kehidupan.
Rosli Hamid
Jejawi, Perlis.
2 Januari 2011.

Monday, October 11, 2010
PROGRAM KECEMERLANGAN PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN NEGERI PERLIS 2010
PROGRAM KECEMERLANGAN
PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN
NEGERI PERLIS 2010
Tarikh: 11 dan 12 Oktober 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Pusat Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Perlis, Timah Tasoh, Perlis.
Penyertaan 400 orang pelajar dari seluruh perlis (200 orang pelajar pada hari pertama dan 200 pelajar pada hari kedua). Pengisian Program ini ialah seperti berikut:
8.30 pagi - 10.30 pagi
Taklimat daripada pihak LCC1 dan Institut Profesional Baitulmal.
11.00 pagi - 4.30 petang
Bengkel menjawab soalan peperiksaan Prinsip Perakaunan secara berkumpulan dan dibantu oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru Prinsip Perakaunan seluruh Perlis.

Friday, August 6, 2010
TUGASAN PROJEK PRNSIP PERAKAUNAN 3756/3 TINGKATAN EMPAT (OGOS-SEPT 2010)

Calon dikehendaki menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan dokumen sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual peralatan rumah tangga/pejabat seperti:
1.Kedai Perabot
2.Kedai Alatan Elektrik
3.Kedai Komputer
4.Kedai Pinggan Mangkuk
Panduan Pelaksanaan Tugasan Kursus:
1.Sediakan dan patuhi jadual pelaksanaan tugasan projek
2. Nama dan alamat bank haruslah nama dan alamat sebenar
3. Jika berlaku angkutan masuk gunakan bil tunai atau resit
4. Jika berlaku pulangan jualan :
a. jika barang dipulangkan kerana salah jenama masukkan dalam kad stok
b. jika barang yang dipulangkan kerana rosak, tidak perlu dimasukkan dalam kad stok.
5. Setiap barangniaga (item jualan) haruslah dicatatkan dalam kad stok yang berbeza. Contoh kalau ada 4 jenis barangniaga yang berbeza bermakna perlu sediakan 4 kad stok.
6. Sila tokokkan harga jualan dengan nilai yang lebih tinggi, kalau boleh setinggi 100 peratus daripada harga belian.
7. Dokumen tidak semestinya 40 dokumen kerana diskaun tunai juga dianggap sebagai satu urusniaga yang berasingan.
8. Pemiutang untuk aset harus dibayar sepenuhnya dalam tempoh urusniaga selama sebulan bagi mengelakkan kekeliruan dengan pemiutang barang niaga.JADUAL MENYIAPKAN TUGASAN PROJEK (Cadangan)
1-7 OGOS 2010
-Kertas cadangan tugasan disiapkan
-Senarai nama dan alamat pembekal disiapkan
-Senarai butiran item, urusniaga dan dokumen disiapkan
-Perbincangan dengan guru mata pelajaran
8-14 OGOS 2010
-Penghasilan 10 dokumen (10/40)

15-21 OGOS 2010
-Penghasilan 20 dokumen (20/40)

29-4 SEPTEMBER 2010
-Penghasilan 30 dokumen (30/40)

5-11 SEPTEMBER 2010
-Penghasilan 40 dokumen (40/40)
-Menyediakan lejar
-Mengisi kad stok
-Menyediakan Imbangan Duga
-Menyediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

12-18 SEPTEMBER 2010
-Perbincangan dan semakan guru mata pelajaran
19-25 SEPTEMBER 2010
-Mencetak tugasan projek

26-28 SEPTEMBER 2010

-Persediaan akhir untuk penghantaran tugasan
29 SEPTEMBER 2010
-Penyerahan tugasan projek kepada guru mata pelajaran.
Sumber maklumat:
1. Jurulatih utama Perlis, Kedah dan Kelantan dan Terengganu.
" I am happy to share anything with my colleagues anywhere in the world, and I know they would help me in the same way"
Rosli Bin Hamid.

Subscribe to:
Posts (Atom)