Tuesday, March 23, 2010

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1









6 ATAS 1 DAN 6 ATAS 2

23 MAC 2010 - 8 APRIL 2010

BAB 2: FUNGSI PENGURUSAN


SOALAN LATIHAN:

1 a) Jelaskan secara ringkas maksud pengurusan (3)
b) Jelaskan fungsi-fungsi penting perlu ada dalam pengurusan sesebuah organisasi. (6)
c) i. Untuk menjadikan organisasi lebih berkesan didalam pengurusan , seseorang pengurus seharusnya memainkan peranannya. Bincangkan peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh seseorang pengurus. (12)
ii. Berikan perbezaan di antara keberkesanan dan kecekapan. (4)


2. a) Jelaskan secara ringkas evolusi-evolusi pengurusan. (5)
b) i. Jelaskan secara ringkas 6 prinsip yang diutarakan oleh Fayol didalam pendekatan pra klasikal. (6)
ii. Bagaimakah teori hirerki keperluan Maslow dipraktikkan dalam teori pengurusan. (8)
c) Berikan perbezaan antara teori X dan teori Y. (6)
3. a) Jelaskan maksud perancangan. (2)
b) Perancangan yang baik akan memberikan kesan yang positif terhadap perniagaan. Bincangkan kepentingan perancangan kepada seseorang pengurus. (14)
c) Berikan perbezaan antara rancangan strategik, rancangan taktikal dan rancangan operasi. (9)

4. a) Jelaskan proses yang sepatutnya dilakukan oleh sesebuah organisasi didalam membuat sesuatu perancangan. (10)
b) i. Berikan perbezaan antara misi dan objektif.
ii. Jelaskan perbezaan antara dasar dan prosedur.
iii. Nyatakan perbezaan antara taktik dan operasi. (9)
c) Jelaskan secara ringkas alat-alat yang sering digunakan dalam perancangan. (6)

5. a) Berikan maksud dan kepentingan pengorganisasian. (3)
b) Jelaskan proses-proses yang terlibat didalam pengorganisasian. (10)
c) i. Jelaskan maksud carta organisasi dan maklumat-maklumat yang terdapat didalam carta organisasi. (6)
ii. Jelaskan maksud manual organisasi dan maklumat-maklumat yang terdapat didalamnya. (6)

6. a) Berikan maksud penjabatanan dan senaraikan jenis-jenis penjabatan.
(5)
b) Bincangkan kebaikan dan kelemahan penjabatanan mengikut fungsian. (10)
c) Jelaskan kebaikan dan kelemahan penjabatanan mengikut produk atau servis. (10)

7. a) Jelaskan perbezaan antara autoriti, tanggungjawab dan akauntabiliti. (6)
b) i. Jelaskan perbezaaan antara pemusatan autoriti dan pemecaran autoriti. (3)
ii. Nyata dan jelaskan enam faktor yang mempengaruhi pemusatan dan pemecaran autoriti. (6)
c) Bincangkan kelebihan dan kelemahan pemusatan autoriti. (10)

8. a) Jelaskan maksud penugasan autoriti . (4)
b) Bincangkan perbezaan di antara autoriti lini dengan autoriti staf. (6)
c) i. Bincangakan perbezaan jankauan kawalan sempit dengan jangkauan kawalan luas. (10)
ii. Berikan maksud rantaian arahan. (5)

9. a) Jelaskan maksud dan kepentingan kepimpinan. (6)
b) Bincangkan gaya kepimpinan yang diutarakan oleh kajian Universiti Ohio. (8)
c) i. Jelaskan perbezaan gelagat berorentasikan tugas dengan gelagat berorentasikan pekerja yang diutarakan oleh kajian Universiti Michigan.
(5)
ii. Jelaskan perbezaan antara gaya kepimpinan Autokratik, gaya kepimpinan demokratik dan gaya kepimpinan bebas. (6)
10. a) Bincangkan ciri-ciri yang seharusnya ada pada seseorang pemimpin.(13)
b) Bincangkan bentuk-bentuk sokongan yang seharusnya diberikan oleh seseorang pemimpin kepada pekerjannya supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan baik. (12)

11. a) Jelaskan perbezaan antara pemimpin dengan pengurus. (10)
b) i. Bincangkan peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh seseorang pemimpin. (12)
ii. Berikan perbezaan antara peranan pemimpin formal dengan peranan pemimpin tidak formal. (3)


12. a) Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan motivasi. (3)
b) Nyata dan jelasksn proses motivasi. (12)
c) Jelaskan bagaimanakah keperluan dalam teori motivasi Abraham Maslow dapat dipenuhi. (10)
13. a) Berikan perbezaan antara faktor penjagaan dengan faktor motivasi yang diutarakan oleh model dua faktor oleh “Teori Motivasi Herberg.” (5)
b) Bincangkan perbezaan antara teori X dan teori Y yang diutarakan oleh McGregor. (10)
c) Bincangkan perbezaan antara pendekatan timur dan barat berkaitan dengan teori motivasi. (10)



14. a) Berikan maksud pembinaan pasukan. (3)
b) Jelaskan perkara-perkara atau dimensi-dimensi yang perlu diambil kira dalam membentuk sesuatu pasukan. (10)
c) Nyata dan jelaskan proses pembinaan sesuatu pasukan. (12)


15. a) Jelaskan maksud pengawalan dan kepentingannya. (5)
b) Nyatakan perbezaan di antara kawalan strategik, kawalan taktikal dan kawalan operasi. (9)
c) Nyata dan jelaskan jenis-jenis kawalan. (11)


16. a) Nyata dan bincangkan proses yang terlibat dalam pengwalan. (12)
b) Nyata dan jelaskan kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengawalan. (13)


17. a) Nyata dan jelaskan faktor-faktor yang boleh menjadikan sesuatu sistem kawalan itu berkesan. (15)
b) Nyata dan jelaskan alat-alat yang boleh digunakan dalam pengwalan.(10)


18. a) Jelaskan maksud penstafan. (3)
b) Jelaskan proses yang terlibat dalam proses pemilihan pekerja. (12)
c) Berikan maksud analisis kerja dan nyatakan enam persoalan penting dalam analisis kerja serta apakah kegunaannya kepada pengurus. (10)


19. a) Berikan perbezaan antara huraian tugas dengan spesifikasi tugas. (6)
b) Nyata dan jelaskan proses pengrekrutan. (9)
c) i. Nyatakan sebab kenapa majikan menyediakan faedah dan ganjaran kepada pekerja. (4)
ii. Jelaskan komponen-komponen yang terdapat dalam faedah dan ganjaran. (6)


20. a) Bincangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi majikan menyediakan faedah dan ganjaran yang menarik kepada pekerja. (13)
b) i. Berikan maksud pampasan. (3)
ii. Jelaskan bentuk-bentuk pampasan yang boleh diberikan kepada pekerja. (9)