Monday, April 19, 2010

Kursus Pendedahan Format Baru Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan SPM di Kuala Lumpur...19 hingga 21 April 2010.

























KURSUS PENDEDAHAN FORMAT BARU MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM
19 APRIL HINGGA 21 APRIL 2010.

OBJEKTIF:

1. UNTUK MENDEDAHKAN FORMAT BARU MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT (DARI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA)

2. UNTUK MENEKANKAN BERKUATKUASANYA KERTAS 3 (MULAI TINGKATAN EMPAT TAHUN 2010).

3. UNTUK MEWUJUDKAN KUMPULAN TERAS DAN PAKAR RUJUKAN (TERDIRI DARIPADA GURU CEMERLANG, JURULATIH UTAMA SETIAP NEGERI DAN GURU-GURU MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN).

4. UNTUK MENYEDIAKAN JADUAL PENATARAN BAGI SEMUA PERINGKAT DI NEGERI MASING-MASING.





Sunday, April 4, 2010

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

BAB 4: KEMAHIRAN PENGURUSAN.

SOALAN LATIHAN:

1 a) Jelaskan lima asas kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam sesebuah organisasi. (10)
b) Berdasarkan kepada gambarajah, bincangkan perkaitan peringkat pengurusan dengan jenis-jenis kemahiran. (15)

2 a) Berikan maksud pembuatan keputusan, serta jelaskan jenis-jenis keputusan. (5)
b) Jelaskan tiga keadaan persekitaran yang boleh mempengaruhi pembuatan keputusan. (6)
c) Nyata dan jelaskan langkah-langkah dalam proses pembuatan keputusan yang rasional. (14)

3 a) Nyatakan perbezaan alat pembuatan keputusan kuantitatif dan kualitataif. (3)
b) i) Apakah yang anda faham perkaitan dengan statistik diskriptif dan jelaskan 4 bentuk ukuran kecenderungan memusat yang digunakan dalam statistik diskriptif dengan bersertakan contohnya sekali; (16)
ii) Jelaskan kegunaan alat-alat keputusan carta bar, carta pai dan carta garis.(6)

4 a) Jelaskan alat-alat pembuatan keputusan berikut:
i) Histogram
ii) Carta pareto. (6)
b) i) Jelaskan secara ringkas kegunaan pokok keputusan di dalam proses membuat keputusan. (4)
ii) Seseorang usahawan mempunyai masalah membina kilang samada membina kilang kecil atau kilang besar dan beliau inginkan pulangan yang besar. Dengan menggunakan langkah-langkah pembinaan pokok keputusan anda dikehendaki memberi panduan kepada usahawan di atas untuk membuat keputusan. (15)

5 a) Jelaskan maksud analisis tulang ikan dan apakah kegunaannya dalam membantu untuk membuat keputusan. (3)
b) Berdasarkan kepada contoh yang bersesuaian. Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam membina gambarajah tulang ikan. (10)
c) Jelaskan bagaimanakah alat pembuatan keputusan kreativiti dan inovasi digunakan. (2)