Saturday, May 29, 2010

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Pengertian Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baharu. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

(Hanipah Hussin : 2001)


Konsep Kajian Tindakan
- Kajian Tindakan adalah proses dimana melakukan penyelidikan untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah, mengatasi masalah dan memperbaikinya berdasarkan data dan meklumat yang dikumpul dan diperolehi.

-Penyelidikan yang dilakukan adalah satu proses cara bagaimana penyelidik mendapat, memperolehi dan mengumpulkan serta menganalisis data yang diperolehinya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pengetahuannya keatas perkara yang diselidikinya.


-Proses Kajian dijalankan secara umumnya adalah:

Kenalpasti masalah
Membuat kajian kepustakaan
Menentukan pendekatan kajian
melaporkan kajian
membincangkan dapatan dan implikasi kajian
mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembang pengetahuan yangsedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah yang timbul dan melakukan pembaharuan atau pembaikan pada kelemahan yang berlaku.

Contohnya;
Guru membuat penyelidikan tentang tahap keberkesanannya dalam mengajar, ketika mengajar juga guru boleh melakukan kajian dengan melihat respon pelajar pada satu-satu teknik pengajaran yang digunakannya dan bandingkan teknik bagaimana yang disukai pelajar untuk menarik minat dan fokus mereka. Maka, guru boleh memilih teknik-teknik yang pelajar minat untuk belajar dalam proses pengajaran (P&P).

2. Jenis-jenis kajian tindakan

4 Jenis Kajian Tindakan

Kajian tindakan oleh guru secara individu
- Guru sendiri melakukan kajian dengan mengenalpasti masalah atau isu yang berlaku di
dalam bilik darjah.
contoh;
mendapatkan penyelesaian bagaimana cara untuk mengatasi masalah pelajar yang
kurang memberikan fokus didalam bilik darjah dan mengatur strategi pengajaran yang
berkesan.

Kajian Tindakan Kolaboratif
- Melibatkan lebih daripada dua orang

> guru - guru dalam bidang yang sama
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam membuat kajian mengenai cara pengajaran yang berkesan
untuk mengajar murid-murid membaca al-Qur'an dengan baik.

Kaedah kajian
- menggunakan pelbagai teknik seperti bacaan secara individu, bacaan secara berkumpulan,
dan bertadarrus.

> guru - guru dalam pelbagai subjek
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab membuat kajian untuk mengenalpasti
kelemahan pelajar untuk membaca tulisan jawi.

Kaedah kajian
- Membezakan tahap pencapaiaan pelajar membaca tulisan jawi yang berbaris dengan tidak
berbaris

> guru - guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
contohnya;
Membuat peneylidikan mengenai bagaimana untuk mengadakan terapi yang sesuai bagi murid-murid Pendidikan khas.

Kaedah kajian
-Menggunakan beberapa kaedah terapi yang sesuai untuk digunakan kepada murid-murid Pendidikan Khas.

Kajian Tindakan Peringkat Sekolah (organisasi)


- Memberi fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah
contoh: Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum

Kajian Tindakan Peringkat Daerah
- Fokus kepada situasi yang sama di kalangan beberapa sekolah diperingkat daerah


Contoh: Masalah salahlaku pelajar disekolah seperti ponteng sekolah. menegnalpasti punca pelajar suka ponteng sekolah, diantara faktor pihak sekolah ataupun ahli keluarga.

Thursday, May 27, 2010

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

Minggu 1 dan Minggu 2 Tingkatan 6 Rendah

Bab 1: Perniagaan dan Persekitarannya.

Soalan Latihan untuk Minggu 1 dan 2 (24 Mei hingga 4 Jun 2010)

1 a) Jelaskan definisi perniagaan dan berikan perbezaan antara organisasi perniagan dan bukan organisasi perniagaan. (6)
b) Apakah yang dimaksudkan dengan untung dan nyatakan kepentingan keuntungan untuk sesebuah perniagaan. (8)
c) Jelaskan perhubungan antara perniagaan dan ekonomi, dan nyatakan kepentingan aktiviti perniagaan terhadap ekonomi. (11)


2 a) Nyatakan hubungan yang seharusnya ada di antara perniagaan dan masyarakat serta bincangkan tangungjawab sosial perniagaan terhadap masyarakat. (10)
b) Jelaskan faktor-faktor pengeluaran yang sering digunakan dalam perniagaan (10)
c) Bagaimanakah perniagaan menguruskan sumber yang tidak terhad untuk memenuhi keperluan yang tidak terhad. (5)

Saturday, May 22, 2010

MARKAH UJIAN LEJAR 5 IDRIS AL-MAAD

MARKAH UJIAN LEJAR 5 IDRIS AL-MAAD

1. FAUZAN BIN MOHAMMAD 10/10
2. MOHD SHUKRI BIN DAUD 10/10
3. AHMAD MAHFUDZ BIN ABDULLAH 10/10
4. MOHD MUSLIM BIN ISA 10/10
5. MOHAMMAD FADLAN AINON BIN MOHD FADZY 10/10
6. MOHAMAD NAJMI BIN ISMAIL 10/10
7. MUHAMMAD ABQARI 9.5/10
8. AMMAR BIN MOHD FISUL 9.5/10
9. ARIEF MUSA 9.5/10

10.MUHD SYAUQI BIN ISANUDDIN 9/10
11.MOHAMAD FATHULLAH BIN AZIZAN 9/10
12.MOHAMAD FATHURAHMAN BIN AZIZAN 9/10
13.MOHAMAD SAUFFI BIN SUID 8.5/10
14.HAZAMIL FARZAN BIN MUSTAPA 8.5/10
15.KHAIRUL AFIFI BIN ROSLI 7.5/10
16.MUHAMMAD NASEEM BIN HJ. MOHD RODZI 7/10

Tuesday, May 4, 2010

Formula Kejayaan Guru Prinsip Perakaunan

PROGRAM PENGAJARAN TERANCANG PENINGKATAN PRESTASI

PRINSIP PERAKAUNAN

DISEDIAKAN OLEH

AHMAD POZI BIN MANSOR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI LIMAU

06910 YAN, KEDAH.

PROGRAM PENGAJARAN TERANCANG/PENINGKATAN PRESTASI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN


1. Latar Belakang

1.1 Program ini melibatkan pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan sebagai mata pelajaran elektif.

1.2 Sebilangan besar pelajar ini terdiri daripada anak-anak petani, nelayan dan buruh yang taraf sosioekonomi adalah rendah dan sederhana.

1.3 Pada umumnya pelajar-pelajar ini kurang mendapat motivasi untuk mendapatkan kecemerlangan dalam bidang akademik.

1.4 Pencapaian pelajar SPM bagi mata pelajaran ini kurang memuaskan.

2. Objektif

2.1 Objektif Umum

2.1.1 Untuk meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam SPM

2.1.2 Untuk menarik minat pelajar kepada mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan menyedarkan pelajar tentang kepentingan mata pelajaran ini.

2.2 Objektif Khas

2.2.1 Untuk meningkatkan peratus calon yang lulus cemerlang (A++, A, A-) dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan sebanyak 80%.

2.2.2 Peratus kelulusan mata pelajaran Prinsip Perakaunan 95% hingga 100%

3. Rasional

Program ini perlu supaya

3.1 Proses pembelajaran dan pengajaran dapat dibuat pemantauan.

3.2 Pengunjuran yang dibuat dapat dijadikan sebagai senarai semak untuk memudahkan guru mengubahsuaipengajaran dan pembelajaran.

3.3 Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan secara sistematik.

3.4 Pelajar dapat dibuat pemantauan secara individu.

3.5 Dapat mengesan kelemahan pelajar dengan cepat.

4. Sasaran

4.1 Pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan seramai 30 orang.

5. Penyataan Masalah

5.1 PELAJAR

5.1.1 Sikap negative pelajar terhadap mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

5.1.2 Kurang membuat ulangkaji dirumah

5.1.3 Meniru/tidak membuat kerja rumah

5.1.4 Kurang Kemahiran 3M

5.1.5 Kekurangan bahan bacaan dan rujukan

5.1.6 Perasaan takut, rendah diri, dan malu

5.2 GURU

5.2.1 Kurang persediaan

5.2.2 Menganggap semua pelajar adalah sama dan secara tidak langsung mengabaikan pelajar lemah/nakal.

5.2.3 Strategi pengajaran dan pembelajaran tidak disusun dengan teratur.

5.2.4 Bergantung kepada buku teks.

5.2.5 Mengabaikan kehendak sukatan pelajaran.

5.2.6 Kurangnya cirri-ciri sebagai agen perubahan

6. Strategi Pelaksanaan

Terdapat 4 peringkat strategi pelaksanaan.

PERINGKAT 1

JANUARI HINGGA MAC

1. Pengajaran dan pembelajaran adalah seperti biasa.

2. Mengenalpasti pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah

3. Mengadakan ujian pada minggu akhir bulan Mac.

PERINGKAT 2

APRIL HINGGA JUN

1. Pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan (cemerlang, sederhana dan lemah)

-beri nama setiap kumpulan

-jika kumpulan diberi nama A,B,C elakkan kumpulan lemah diberi nama kumpulan C.

-latihan/aktiviti yang diberi kepada setiap kumpulan berdasarkan kepada pencapaian/taraf pelajar.

-pemantauan yang lebih kepada kumpulan lemah.

-elakkan member tekanan dan perbanyakkan memberi pertolongan.

-sentiasa ingat bahawa setiap pelajar adalah berbeza.

2. Pengajaran asas hendaklah diberi kepada semua pelajar.

3. Mengadakan Ujian pada akhir bulan Jun.

PERINGKAT 3

JUN HINGGA OGOS

1. Pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan (cemerlang, sederhana dan lemah)

-kumpulan dirombak semula mengikut keputusan ujian/peperiksaan.

-latihan/aktiviti mengikut kemampuan pelajar/kumpulan.

2. Pada bulan Julai, kumpulan cemerlang menjadi fasilitator kepada ahli kumpulan sederhana dan lemah.

-setiap kumpulan terdiri daripada seorang ahli cemerlang, dua pelajar sederhana dan seorang atau dua pelajar lemah.

-ahli yang cemerlang hendaklah diberi pendedahan terlebih dahulu mengenai latihan/soalan/aktiviti yang hendak dijalankan.

3. Guru bertindak sebagai Ketua Fasilitator

4. Guru membuat rumusan/pengukuhan pada akhir setiap latihan/soalan/aktiviti

5. Peperiksaan Percubaan.

PERINGKAT 4

SEPTEMBER HINGGA OKTOBER

1. Pelajar dipecahkan kepada tiga kumpulan (cemerlang, sederhana dan lemah)

-kumpulan dirombak semula mengikut keputusan peperiksaan percubaan

-latihan/soalan/aktiviti adalah sama bagisemua kumpulan

-kuantiti soalan mengikut keupayaan individu

2. Kumpulan cemerlang

-tempat duduk secara individu

-tidak ada lagi perbincangan kecuali dengan guru

-kumpulan ini biasanya tidak mahui diganggu

-latihan/soalan diselesaikan secara individu

-latihan/soalan pengkayaan kea rah mencapai keputusan A

3. Kumpulan sederhana

-tempat duduk secara individu

-perbincangan antara ahli dibenarkan tetapi hendaklah dihadkan.

-latihan/soalan diselesaikan secara individu.

-latihan/soalan kearah mencapai kepujian

4. Kumpulan lemah

-biasanya ahli kumpulan tidak ramai

-masih lagi berada dalam kumpulan

-guru memberi tumpuan kepada setiap ahli kumpulan

-guru menolong menyelesaikan masalah bagi setiap soalan/latihan yang bermasalah.

-latihan/soalan hanyalah sekadar membantu pelajar untuk lulus sahaja.

5. Guru boleh membuat ramalan tentang keputusan dalam SPM

7.PERSEDIAAN

7.1 GURU

a. Borang Pemantauan

-tentukan markah untuk lulus, kepujian dan cemerlang

b. Sediakan soalan/latihan/aktiviti mengikut kumpulan/kebolehan/taraf pelajar

-nota ringkas

-soalan asas

-aras kesukaran ditambah satu persatu

-kerja rumah dapat dikurangkan atau tiada

c. Kurangkan nota yang panjang.

-nota hendaklah ringkas

-nota untuk pelajar bukan untuk pemantauan

d. Penggunaan system fail adalah digalakkan

e. Penggunaan buku teks dapat dikurangkan

f. Pelajar memeriksa kertas jawapan sendiri

7.2 PELAJAR

a. Ponteng sekolah dikurangkan/sifar

b. Borang markah/penilaian individu