Saturday, May 29, 2010

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Pengertian Kajian Tindakan Dalam Pendidikan

Satu usaha di bilik darjah yang bersifat cuba jaya dan berterusan. Partisipan (pengurus sekolah, guru atau pelajar ) membuat intervensi dan langkah-langkah pembaikan dalam usaha mendapatkan anjakan cara berfikir dan kesedaran yang baharu. Usaha ini dilaksanakan dalam apa-apa jua keadaan dengan tujuan memperbaik amalan kerja, menambah kefahaman baharu dan meningkatkan profesionalisme dalam profesion keguruan.

(Hanipah Hussin : 2001)


Konsep Kajian Tindakan
- Kajian Tindakan adalah proses dimana melakukan penyelidikan untuk mengetahui dan mengenalpasti masalah, mengatasi masalah dan memperbaikinya berdasarkan data dan meklumat yang dikumpul dan diperolehi.

-Penyelidikan yang dilakukan adalah satu proses cara bagaimana penyelidik mendapat, memperolehi dan mengumpulkan serta menganalisis data yang diperolehinya bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan pengetahuannya keatas perkara yang diselidikinya.


-Proses Kajian dijalankan secara umumnya adalah:

Kenalpasti masalah
Membuat kajian kepustakaan
Menentukan pendekatan kajian
melaporkan kajian
membincangkan dapatan dan implikasi kajian
mengumpul dan menganalisis data yang diperolehi
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembang pengetahuan yangsedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat membantu guru-guru mengenalpasti masalah yang timbul dan melakukan pembaharuan atau pembaikan pada kelemahan yang berlaku.

Contohnya;
Guru membuat penyelidikan tentang tahap keberkesanannya dalam mengajar, ketika mengajar juga guru boleh melakukan kajian dengan melihat respon pelajar pada satu-satu teknik pengajaran yang digunakannya dan bandingkan teknik bagaimana yang disukai pelajar untuk menarik minat dan fokus mereka. Maka, guru boleh memilih teknik-teknik yang pelajar minat untuk belajar dalam proses pengajaran (P&P).

2. Jenis-jenis kajian tindakan

4 Jenis Kajian Tindakan

Kajian tindakan oleh guru secara individu
- Guru sendiri melakukan kajian dengan mengenalpasti masalah atau isu yang berlaku di
dalam bilik darjah.
contoh;
mendapatkan penyelesaian bagaimana cara untuk mengatasi masalah pelajar yang
kurang memberikan fokus didalam bilik darjah dan mengatur strategi pengajaran yang
berkesan.

Kajian Tindakan Kolaboratif
- Melibatkan lebih daripada dua orang

> guru - guru dalam bidang yang sama
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam membuat kajian mengenai cara pengajaran yang berkesan
untuk mengajar murid-murid membaca al-Qur'an dengan baik.

Kaedah kajian
- menggunakan pelbagai teknik seperti bacaan secara individu, bacaan secara berkumpulan,
dan bertadarrus.

> guru - guru dalam pelbagai subjek
contohnya;
guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab membuat kajian untuk mengenalpasti
kelemahan pelajar untuk membaca tulisan jawi.

Kaedah kajian
- Membezakan tahap pencapaiaan pelajar membaca tulisan jawi yang berbaris dengan tidak
berbaris

> guru - guru dengan pihak luar seperti pensyarah universiti
contohnya;
Membuat peneylidikan mengenai bagaimana untuk mengadakan terapi yang sesuai bagi murid-murid Pendidikan khas.

Kaedah kajian
-Menggunakan beberapa kaedah terapi yang sesuai untuk digunakan kepada murid-murid Pendidikan Khas.

Kajian Tindakan Peringkat Sekolah (organisasi)


- Memberi fokus kepada satu isu yang sama diperingkat sekolah
contoh: Untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum

Kajian Tindakan Peringkat Daerah
- Fokus kepada situasi yang sama di kalangan beberapa sekolah diperingkat daerah


Contoh: Masalah salahlaku pelajar disekolah seperti ponteng sekolah. menegnalpasti punca pelajar suka ponteng sekolah, diantara faktor pihak sekolah ataupun ahli keluarga.

1 comment:

  1. Salam..
    Saya PM Dr. Hanipah Hussin,saya telah membaca tulisan anda.Cikgu sangat gigih dan saya percaya cikgu boleh menulis buku kajian tindakan. Saya menjemput cikgu menulis bersama saya. Buku berjudul Kajian Tindakan dalam Transformasi Guru di Malaysia. email saya hanipah@utem.edu.my. Cari 3 penulis lain jika berat sangat. Saya telah siapkan buku saya Inovasi Pengajaran Refleksi:Bidang Sains dan Kejuruteraan.

    ReplyDelete