SELAMAT TAHUN BARU 2011 DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Selamat tahun baru 2011 kepada semua pelajar dan rakan guru. Mulai tahun ini saya tidak lagi mengajar di tingkatan 6. Jadi haluan blog ini bertukar kepada memfokuskan kepada segala aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran Prinsip Perakaunan SPM. Untuk anda semua yang singgah dan membaca di blog ini saya hadiahkan Huraian Sukatan Pelajaran Prinsip Perakaunan Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan keseluruhan. Oleh kerana fail yang disertakan adalah dalam Word, saya berharap ia akan memudahkan anda semua untuk mengedit dan mengubah mana yang perlu berdasarkan kreativiti sendiri.
Selamat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan berusahalah dengan lebih gigih untuk memburu kecemerlangan dalam tahun ini. Kita ada 1001 cara untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik dengan izin Allah SWT.
Selamat belajar kerana pembelajaran ialah aktiviti sepanjang kehidupan.
Rosli Hamid
Jejawi, Perlis.
2 Januari 2011.
Salam untuk teman lama. jengok la kat kh4bia@blogspot.com. cu.
ReplyDeleteinsyaallah, terima kasih sahabat...
ReplyDelete