Sunday, July 18, 2010

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 1

TINGKATAN 6 RENDAH (18 JULAI - 29 JULAI 2010)

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran teknologi, dan sejauh manakah persekitaran teknologi dapat memberikan impak positif kepada perniagaan?                                                          [10]

   (b) Jelaskan aktiviti pengeluaran pada tahap perniagaan primer, sekunder, dan tertier bagi penghasilan produk kasut sukan.       [15]

STPM 2009

2 (a) Huraikan maksud perniagaan domestik dan sumbangannya kepada negara.                                                                            [13]

   (b) Jelaskan perbezaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad.                                                                [12]

STPM 2007

3 (a) Huraikan lima cabaran yang akan dihadapi oleh aktiviti perniagaan masa hadapan.                                                          [10]

  (b) Huraikan bagaimana faktor yang berikut dapat menggalakkan industri pelancongan di negara kita.

      (i) Sosiobudaya

      (ii) Ekonomi

      (iii) Kerajaan

      (iv) Fizikal                                                                           [10]


(c) Jelaskan kepentingan untung kepada perniagaan.               [5]  

STPM 2006

4. (a) Jelaskan mengapa entiti perniagaan berbentuk keempunyaan tunggal dianggap sesuai bagi perusahaan kecil.                        [5]

    (b) Dengan memberikan contoh, huraikan pengaruh persekitaran tugas terhadap perniagaan.                                                        [12]

   (c) Huraikan kepentingan persekitaran fizikal terhadap pembangunan perniagaan.                                                         [8] 

STPM 2005

No comments:

Post a Comment