Friday, August 6, 2010

TUGASAN PROJEK PRNSIP PERAKAUNAN 3756/3 TINGKATAN EMPAT (OGOS-SEPT 2010)

TUGASAN PROJEK PRNSIP PERAKAUNAN 3756/3 TINGKATAN EMPAT (OGOS-SEPT 2010)

Calon dikehendaki menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan dokumen sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual peralatan rumah tangga/pejabat seperti:

1.Kedai Perabot
2.Kedai Alatan Elektrik
3.Kedai Komputer
4.Kedai Pinggan Mangkuk

Panduan Pelaksanaan Tugasan Kursus:

1.Sediakan dan patuhi jadual pelaksanaan tugasan projek

2. Nama dan alamat bank haruslah nama dan alamat sebenar

3. Jika berlaku angkutan masuk gunakan bil tunai atau resit

4. Jika berlaku pulangan jualan :

         a. jika barang dipulangkan kerana salah jenama masukkan dalam kad stok

         b. jika barang yang dipulangkan kerana rosak, tidak perlu dimasukkan dalam kad stok.

5. Setiap barangniaga (item jualan) haruslah dicatatkan dalam kad stok yang berbeza. Contoh kalau ada 4 jenis barangniaga yang berbeza bermakna perlu sediakan 4 kad stok.

6. Sila tokokkan harga jualan dengan nilai yang lebih tinggi, kalau boleh setinggi 100 peratus daripada harga belian.

7. Dokumen tidak semestinya 40 dokumen kerana diskaun tunai juga dianggap sebagai satu urusniaga yang berasingan.

8. Pemiutang untuk aset harus dibayar sepenuhnya dalam tempoh urusniaga selama sebulan bagi mengelakkan kekeliruan dengan pemiutang barang niaga.JADUAL MENYIAPKAN TUGASAN PROJEK (Cadangan)

1-7 OGOS 2010
-Kertas cadangan tugasan disiapkan
-Senarai nama dan alamat pembekal disiapkan
-Senarai butiran item, urusniaga dan dokumen disiapkan
-Perbincangan dengan guru mata pelajaran

8-14 OGOS 2010
-Penghasilan 10 dokumen (10/40)
-Perbincangan dengan guru mata pelajaran

15-21 OGOS 2010
-Penghasilan 20 dokumen (20/40)
-Perbincangan dengan guru mata pelajaran

29-4 SEPTEMBER 2010
-Penghasilan 30 dokumen (30/40)
-Perbincangan dengan guru mata pelajaran

5-11 SEPTEMBER 2010
-Penghasilan 40 dokumen (40/40)
-Menyediakan lejar
-Mengisi kad stok
-Menyediakan Imbangan Duga
-Menyediakan Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
-Perbincangan dengan guru mata pelajaran

12-18 SEPTEMBER 2010
-Perbincangan dan semakan guru mata pelajaran

19-25 SEPTEMBER 2010
-Mencetak tugasan projek
-Perbincangan dan semakan guru mata pelajaran

26-28 SEPTEMBER 2010
-Perbincangan dan semakan guru mata pelajaran
-Persediaan akhir untuk penghantaran tugasan

29 SEPTEMBER 2010
-Penyerahan tugasan projek kepada guru mata pelajaran.

Sumber maklumat:
1. Jurulatih utama Perlis, Kedah dan Kelantan dan Terengganu.


" I am happy to share anything with my colleagues anywhere in the world, and I know they would help me in the same way"
                                                                            Rosli Bin Hamid.
                                                                         

6 comments:

  1. terima kasih cikgu kerana memberi sedikit tips untuk projek prinsip perakaunan ini. saya amat menghargai sumbangan yang cikgu telah berikan kepada saya.. Syahmi (SMK Ibrahim)

    ReplyDelete
  2. ainur aiman(boneka mainan)August 17, 2010 at 11:38 PM

    cikgu ..
    sye ta brape paam ...
    SMK SUNGAI PELEK ...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kembali kepada Syahmi dan Ainur Aiman, tak mengapa jangan bimbang kerana guru anda di sekolah sebenarnya telah diberikan pendedahan dan latihan secukupnya bagi menjamin kejayaan penghasilan tugasan kursus tersebut. Maklumat yang terdapat dalam blog cikgu ini hanyalah panduan untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan jayanya...selamat menghasilkan tugasan kursus...

    ReplyDelete
  4. ckgu,,
    sya nk tnya..klu pulangan jualan perlu ke kte catitkan dlm kad stok..??

    ReplyDelete
  5. cikgu, saya nak tanya. ada apa lagi contoh komponen pembayaran? contoh contoh belanja? sya perlu satu lagi belanja untuk smenyiapkan projek. Sewa, belanja, gaji, pemiutang, apa lagi? terima kasih

    ReplyDelete
  6. Ndr.c

    salam....cikgu..sy x brape fhm nk buat tugasan nie..adakh mmg plu kan mklumat2 yg btol2??cth...bank...alamat bank....x phm ....harap cikgu dpt jelaskan...btw...trime kseh cos sdiakn gris panduan...

    sekolah seni kuching

    ReplyDelete