Friday, January 15, 2010

7 Tabiat Orang Yang Berkesan


7 Tabiat Orang Yang Berkesan

Tabiat 1: Bersikap Proaktif

Saya seorang yang bertanggungjawab.

Saya mengambil inisiatif.

Saya memilih tindakan, sikap dan mood saya sendiri.

Saya tidak menyalahkan orang lain atas tindakan saya yang salah.

Saya melakukan perkara yang betul tanpa disuruh walaupun tiada siapa yang melihat


Tabiat 2: Memulakan Sesuatu Dengan Mengingati Matlamat

Saya merancang dan menetapkan matlamat.

Saya melakukan perkara-perkara yang bermakna dan menghasilkan kelainan.

Saya seorang yang penting dalam bilik darjah dan menyumbang kepada visi dan misi sekolah, dan sentiasa mencari cara-cara untuk menjadi warganegara yang baik.


Tabiat 3: Menetapkan Keutamaan

Saya menghabiskan masa saya terhadap perkara-perkara yang paling mustahak.

Ini bermakna saya mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang saya tahu tidak mustahak.

Saya menetapkan keutamaan, membuat jadual tugas dan mengikuti rancangan yang dirancang.

Saya seorang yang berdisiplin dan teratur.


Tabiat 4: Berfikiran Menang-menang

Saya mengimbangi keberanian untuk mendapat apa yang saya mahu dengan mempertimbangkan kemahuan orang lain.

Saya membuat jasa kepada orang lain.

Bila konflik berlaku, saya mencari alternatif terbaik.


Tabiat 5: Cuba Untuk Memahami Sebelum Minta Untuk Difahami

Saya mendengar idea dan perasaan orang lain.

Saya cuba melihat sesuatu dari sudut pandangan mereka.

Saya mendengar pandangan orang lain tanpa mencelah.

Saya berkeyakinan dalam menyatakan idea-idea saya.

Saya memandang mata orang lain ketika bercakap dengan mereka.


Tabiat 6: Bersinergi

Saya menilai kekuatan orang lain dan belajar daripada kegigihan mereka.

Saya berkawan baik dengan mereka walaupun mereka berbeza dengan saya.

Saya boleh bekerja dengan baik dalam kumpulan.

Saya cuba mendapatkan idea-idea orang lain untuk menyelesaikan masalah sebab saya menyedari bahawa dengan penyelesaian masalah secara berkumpulan, kita boleh mencipta penyelesaian yang lebih baik daripada penyelesaian secara individu.

Saya merendah diri.


Tabiat 7: Menajamkan Gergaji

Saya menjaga tubuh badan saya dengan pemakanan yang seimbang, bersenam dan tidur secukupnya.

Saya menghabiskan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.

Saya belajar melalui banyak cara dan dari pelbagai tempat, bukan hanya di sekolah.

Saya mengambil masa untuk mencari cara-cara yang bermakna untuk menolong orang lain.

No comments:

Post a Comment