Saturday, January 30, 2010

TERMA RUJUKAN KONSEP GURU CEMERLANG




GURU CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG

GURU CEMERLANG

1.PERIBADI


2.POTENSI


3.HASIL KERJA


4.KOMUNIKASI


5.PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN


6.SUMBANGAN PENDIDIKAN


Definisi Guru Cemerlang

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.


Ciri-ciri Guru Cemerlang


Guru Cemerlang mempunyai cirri-ciri yang berikut dari segi kualiti:

a. Peribadi

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik.

b. Pengetahuan dan kemahiran

Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan matapelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

c. Hasil kerja

Guru Cemrlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) kea rah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

d. Komunikasi

Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.


e. Potensi

Guru Cemerlang ialah guru berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara

Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.


SASARAN KERJA TAHUNAN GURU CEMERLANG

1. Membuat perancangan pengajaran dan melaksanakan pengajaran mata pelajaran untuk mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh Pengetua di tempat berkhidmat

DG 44 – 75% (20 – 24 WAKTU)
DG 48 – 70% (20 – 24 WAKTU)
DG 52 – 65% (18 – 20 WAKTU)
DG 54 – 60% (15- 18 WAKTU)
GRED KHAS C – 50% (15-18 WAKTU)

2. Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan ko-kurikulum berkaitan dengan mata pelajaran kepakaran di sekolah tempat berkhidmat.

DG 44 dan DG 48 (10%)
DG 52, DG 54, GRED KHAS C (15%)


3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dan pelajar dalam bidang kepakaran di tempat berkhidmat.

4. Menjalinkan kerjasama menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi dan penemuan baru dalam bidang kepakaran dan menyumbang kepada masyarakat pendidik.

DG 44 (2%)
DG 48 (5%)

5. Menjalankan tugas-tugas khas dalam bidang mata pelajaran kepakaran di sekolah lain di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

DG44 (5%)
DG48 (5%)
DG52 (5%)
DG54 (8%)
GKC (15%)


4 comments:

  1. boleh ke GC dilantik sebagai Ketua Panitia

    ReplyDelete
  2. GC dibebankan dengan pelbagai tugas pengurusan disekolah sebagai contoh guru panitia matapelajaran, menyediakan jadual ganti harian, memantau pelaksanaan Pnp didalam kelas dll
    Oleh yang demikian tak ramai guru yang berminat memohon gc kerana beban tugas ini, sedangkan konsep sebenar gc ialah untuk mempertingkatkan subjek kepakaran dan tidak dilibatkan dengan urusan pengurusan sekolah

    ReplyDelete
  3. Saya sebagai GC agak terbeban dengan tugas-tugas di sekolah menyebabkan saya tidak dapat melaksanakan tugas sebagai GC di sekolah ataupun daerah...Saya GC dilantik menjadi Guru Kelas, Guru PRS, Pegawai Aset, Ketua Panitia dan banyak lagi..

    ReplyDelete