PERHUBUNGAN SOSIAL
1. Perhubungan membawa erti pertalian antara seorang individu dengan individu lain contohnya seseorang individu dengan keluarga, jiran , dan masyarakat.
2. Sosial membawa erti segala yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang.
3. Perhubungan sosial bolehlah diertikan sebagai aktiviti yang melibatkan anda dengan orang lain
MENGAPAKAH PERHUBUNGAN SOSIAL PENTING?
1.Mengelakkan daripada kesepian dan mewujudkan kegembiraan
-Perhubungan sosial dapat mewujudkan perasaan gembira.
-Perasaan gembira akan meningkatkan semangat anda untuk maju.
-Hidup anda lebih ceria dan anda lebih aktif untuk melakukan pelbagai perkara.
-Jika anda berasa riang, ramai rakan ingin bergaul dengan anda.
-Hal ini akan meningkatkan lagi kegembiraan anda.
2.Berkongsi pendapat tentang sesuatu masalah
-Seseorang individu perlu mewujudkan perhubungan sosial untuk mengisi kekosongan hidup.
-Hal ini kerana seorang individu tidak boleh hidup bersendirian. Mereka memerlukan teman untuk berbicara dan berkongsi masalah.
-Individu yang tidak mempunyai teman untuk bercakap dan sering bersendirian menggalakkan mereka terjerumus ke arah perkara negative seperti dadah dan rokok.
3.Memberi teguran dan kesedaran kepada seseorang
-Anda hanya mengetahui sebahagian sahaja tentang diri anda dan selebihnya diketahui oleh orang di sekeliling anda.
-Segala perbuatan dan perlakuan anda yang tidak menyenangkan mungkin akan dilihat oleh orang sekeliling anda dan mereka akan menegur anda.
-Anda dapat mengetahui kesilapan anda dan membetulkan kesilapan tersebut.
4.Memudahkan sesuatu urusan dijalankan
-Perhubungan sosial akan memudahkan pekerjaan anda
-Anda dapat saling tolong-menolong antara satu sama lain
-Segala urusan dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan.
5.Mengeratkan persaudaraan
-Perhubungan sosial dapat mengeratkan persaudaraan
-Anda mempunyai lebih ramai teman yang dapat membantu dan menimbulkan kegembiraan dalam hidup anda.

No comments:
Post a Comment